Tuesday, February 25, 2014

Lada Hitam Pencegah Kanser


Dengan hanya sedikit biji lada hitam, putih atau hijau yang masuk ke tubuh, ia mampu membantu menangkis diri kita daripada diserang barah payu dara. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Michigan mendapati, terdapat sebatian kimia yang ada pada rempah ini yang dikenali sebagai piperine bertindak menghalang barah payu dara daripada membiak. Potensinya dalam mencegah barah adalah lebih tinggi sekiranya ia digabungkan dengan kunyit. Hidangan masyarakat India seperti kari banyak mengandungi bahan tersebut.

Langkah-langkah pencegahan lebih baik dari merawat. Kalau rasa susah hendak telan lada hitam, amalkan masakan yang mengandungi lada hitam. Insyallah anda semua akan dapat melindungi diri dan keluarga dari penyakit yang merbahaya.


Ok semua selamat mencuba, Riona masuk kerja dulu ye...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...