Tuesday, February 25, 2014

Daging Masak Kicap Mustard

Daging Masak Kicap Berlada ini memang kegemaran budak-budak. Kalau kita masak, memang mereka gemar sebab ada elemen kicap dan lada hitam. Masakan ini kita kurangkan guna lada merah, cili api. Kalau bertembung dengan cili api memang penangan kepedasan melampau pada golongan dewasa, kalau hendak hidangkan untuk kanak-kanak kita kurangkan pedas supaya semua orang boleh merasa. 


Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )

500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
3 sb kicap manis
3 sb Sos Lada Hitam ITA Mustard
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng

Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
Potong panjang kedua-dua lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas-panas dengan nasi putih.

Selamat Mencuba! 
Jom! dapatkan Sos Ita di pasaraya Tesco, Giant dan Mydin. 
Pasti Terangkat!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...