Friday, July 4, 2014

Sardin Masak Sos Tiram



Bahan-bahan

1 tin sardin saiz besar (saya guna sardin pertima)
1 labu bawang besar dipotong bulat @ baji
5 biji cili api
2 ulas bawang putih
2 Sudu besar Sos Ita Ginger

3 ulas bawang merah
2 keping asam gelugor
2 sb sos cili maggi
Sedikit air
Garam

Cara membuat

Tumbuk bawang putih, bawang merah dan cili api hingga lumat.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
Masukkan ikan sardin beserta sosnya sekali. Kacau sekejap.
Masukkan sedikit air, asam keping dan bawang besar.
Masukkan garam dan biarkan mendidih seketika.
Angkat dan bolehlah dihidangkan.
Boleh dimakan bersama nasi putih, roti, roti canai atau capati.


Cabutan Bertuah
Like Page dapatkan Sos Percuma 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...