Tuesday, June 10, 2014

Resepi Lamb Chop Sedap

Bahan - Bahan:
4 keping daging kambing
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
Lada hitam, lada sulah, rosemery,tyme,oregano 
Sedikit olive oil
2 sudu BBQ Black Pepper Sauce ITA


Cara-cara
Bersih daging kambing dan toskan (Sila Klik Petua Hilangkan Hamis kambing)
Ketuk2 sket bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(Lina pg guna meat Tenderlizer yg cam hammer tu)
Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba)
Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
Bakar daging sehingga masak. Gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus
kemudian bolehlah di grill.Pastikan grill pan dah benar2 panas (Sampai berasap2 yeaa) barulah diletak kepingan daging kambing.



Selamat Mencuba!
Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita

Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...