Thursday, June 26, 2014

Ayam Masak Kicap Pedas



Bahan bahan:
Ayam - lumur garam kunyit dan goreng
1 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili hidup merah/benggala - hiris
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
2 Sudu besar Ita BBQ Black Pepper Sauce

Daun sadri/daun bawang - hiris
Susu pekat manis
Lada hitam - tumbuk kasar
Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga

Bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram

Bahan bahan kisar:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.

Cabutan Bertuah
Like Page dapatkan Sos Percuma 

Monday, June 23, 2014

Cara Masak Satay Thailand


Jom kita cuba cara memasak Satay Thailand. 

Mula-mula kisarkan halia, bawang putih, bawang merah, daun koriander, serbuk kari, serai, gula melaka dan gunakan SOS ITA BBQ Black Pepper. 

Perapkan daging semalaman dan dan bakar daging cara satay. 
Jom Cuba!


Cara Memasak Ayam Barbeque



Jangan lupa gunakan dengan ITA Black Pepper Sos untuk perapan sebelum di bakar selama 30 minit. Jangan lupa terbalik kan ayam itu ke depan dan ke belakang dan sentiasa sapukan dengan sos Ita black pepper agar segala perapan itu masuk ke dalam daging ayam. 

Jom kita cuba!


Thursday, June 19, 2014

Ketam Masak Kicap Berlada Hitam


1 kg ketam (bersihkan dan buang bhgn yg tidak diperlukan) 4 ulas bwg merah (tumbuk kasar) 2 ulas bwg putih (tumbuk kasar) 1 btg serai (ketuk) 10 biji cili kering (kisar) 1 cm halia (tumbuk kasar) 1 biji bwg besar (mayang) 6 biji cili hijau, 2 sudu Ita black pepper sauce


Tumis cili kisar hingga naik bau. Masuk bhn tumbuk, serai & halia - gaul Masukkan ketam & gaul rata (tutup kuali dan biarkan 5 min). Masukkan kicap masin &kicap manis, sos dan gaul (tutup kuali dan biar 10 min @ sehingga kuahnya agak pekat) . Akhir sekali masukkan bwg besar dan cili hijau. Hidangkan semasa masih panas bersama nasi putih. *Masakan ini adalah kegemaran famili saya....cubalah.

Tuesday, June 10, 2014

Resepi Lamb Chop Sedap

Bahan - Bahan:
4 keping daging kambing
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
Lada hitam, lada sulah, rosemery,tyme,oregano 
Sedikit olive oil
2 sudu BBQ Black Pepper Sauce ITA


Cara-cara
Bersih daging kambing dan toskan (Sila Klik Petua Hilangkan Hamis kambing)
Ketuk2 sket bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(Lina pg guna meat Tenderlizer yg cam hammer tu)
Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba)
Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
Bakar daging sehingga masak. Gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus
kemudian bolehlah di grill.Pastikan grill pan dah benar2 panas (Sampai berasap2 yeaa) barulah diletak kepingan daging kambing.



Selamat Mencuba!
Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita

Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita






Sunday, June 1, 2014

Resepi Ayam Masak Madu



Bahan-bahan ( 2-4 )

1/2 ekor ayam
garam
kunyit
1 sudu rempah kari ayam
3 ulas bawang putih
1 inch halia
bawang besar
cili kering
madu
2 Sudu sos Ita black pepper honey

gula merah
sos/tomato puree
air

Cara-cara

Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.

Selamat Mencuba

Cabutan Bertuah Klik Like FB Sos Ita, Anda Berpeluang mendapat satu beg sos ita yang  lazat
Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...