Tuesday, February 25, 2014

Lada Hitam Pencegah Kanser


Dengan hanya sedikit biji lada hitam, putih atau hijau yang masuk ke tubuh, ia mampu membantu menangkis diri kita daripada diserang barah payu dara. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Michigan mendapati, terdapat sebatian kimia yang ada pada rempah ini yang dikenali sebagai piperine bertindak menghalang barah payu dara daripada membiak. Potensinya dalam mencegah barah adalah lebih tinggi sekiranya ia digabungkan dengan kunyit. Hidangan masyarakat India seperti kari banyak mengandungi bahan tersebut.

Langkah-langkah pencegahan lebih baik dari merawat. Kalau rasa susah hendak telan lada hitam, amalkan masakan yang mengandungi lada hitam. Insyallah anda semua akan dapat melindungi diri dan keluarga dari penyakit yang merbahaya.


Ok semua selamat mencuba, Riona masuk kerja dulu ye...

Ubat Sakit Kepala


Sekiranya anda diserang sakit kepala yang teruk sehingga seolah-olah kedua pelipis ditekan-tekan, terdapat juga rasa tekanan pada tulang hidung dan tulang muka, kedua mata radang dan membakar, sakit bola mata pula bagaikan hendak meletup, lada hitam boleh menjadi penawarnya. 

Pilihan 1: Tumbuk lada hitam dan kemudian minum dengan air masak. 

Pilihan 2: Campurkan serbuk lada hitam dengan beberapa herba lain sehingga menjadi semacam jamu untuk dimakan.

Selain itu, anda juga boleh makan masakan yang berasaskan lada hitam, seperti mee lada hitam, daging lada hitam dan berbagai macam hidangan lain.
 Selamat Mencuba! 
Jom! dapatkan Sos Ita di pasaraya Tesco, Giant dan Mydin. 
Pasti Terangkat!!

Mee Lada Hitam


Apa yang anda buat kalau petang-petang rasa lapar? Mesti rasa hendak makan masakan yang ringan-ringan dan tidak terlalu mengenyangkan. Apa kata anda semua cuba Mee Lada Hitam?
Kalau Kak Azma rasa bosan nak makan nasi, makan mee pun sedap. Tapi kenalah guna Sos Ita barulah ada rasa meletop kat lidah. Budak-budak pun suka tau...
Ada ramai kanak-kanak yang suka makan mee dari nasi. Kalau sudah nampak anak itu tidak selera makan, apa kata buatkan resepi Mee Lada Hitam ini untuk mereka. 
Selamat Mencuba

Bahan
500 gm mee kuning 
3 biji bwg merah - cincang 
1 ulas bwg putih - ketuk 
5 biji cili padi - ketuk 
100 gm ayam - hiris tipis 
6 ekor udang - *letak lebih 
20 gm lobak merah 
20 gm kubis 
20 gm sawi 
1 1/2 sudu mkn sos lada hitam ITA Sos Classic
1 1/2 sm lada hitam - tumbuk - *letak 1 sm 
2 sm ikan bilis tumbuk 
100 ml air - *air kena tambah byk sikit utk dptkan kuah tak cukup 100 ml 
60 ml kicap manis - *letak lebih sbb tambah air 
minyak utk menumis. 
*tambah ; 1 sm sos tomato , 1 sm sos tiram 
serta telur sebiji,fish cake dan fish ball,buah tomato 
* bahan2 dan cara yg diubahsuai ikut citarasa sendiri 


Cara 

1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi 
2.Kemudian masukkan cili api, ikan bilis tumbuk,ayam dan udang. *masuk ayam dulu kacau hingga separuh masak barulah dimasukkan udang,ikan bilis,fishcake dan fishball. 
3.Masukkan lada hiam,sos lada hitam dan kicap manis. *masukkan jugak sos tiram dan sos tomato dan telur.kacau rata. 
4.Masukkan air dan masak hingga mendidih. 
5.Masukkan mee dan sayuran.gaul. rasakan garam jika tak cukup masin. 
6.Siap dinikmati

Selamat Mencuba! 
Jom! dapatkan Sos Ita di pasaraya Tesco, Giant dan Mydin. 
Pasti Terangkat!!

Daging Masak Kicap Mustard

Daging Masak Kicap Berlada ini memang kegemaran budak-budak. Kalau kita masak, memang mereka gemar sebab ada elemen kicap dan lada hitam. Masakan ini kita kurangkan guna lada merah, cili api. Kalau bertembung dengan cili api memang penangan kepedasan melampau pada golongan dewasa, kalau hendak hidangkan untuk kanak-kanak kita kurangkan pedas supaya semua orang boleh merasa. 


Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )

500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
3 sb kicap manis
3 sb Sos Lada Hitam ITA Mustard
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng

Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
Potong panjang kedua-dua lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas-panas dengan nasi putih.

Selamat Mencuba! 
Jom! dapatkan Sos Ita di pasaraya Tesco, Giant dan Mydin. 
Pasti Terangkat!!

Resepi Black Paper Steak

Hari ini Kak Azma nak cerita tentang Sos Black Pepper keluaran Sos Ita. Sos ini memang susuai untuk buat masakan Black Paper Steak, Lamb atau Daging. Jadi, daripada pergi ke restoran bayar mahal-mahal, apa kata buat sendiri di rumah.  


Bahan :
5 kpg daging kambing
5 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ yg baru ditumbuk
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula perang/madu
2 sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar sos black paper ITA


Cara:
Gaul kesemua bahan kecuali daging kambing.
Lumurkan bahan perapan pada daging dgn rata.
Perap dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam. (lama lama lagi baik)
Panaskan grill pan dgn api sederhana atau boleh juga guna non stick pan. (k.nor guna pemanggang ajaib)
Letakkan daging kambing dan panggang lebih kurang 8 - 10 min.
Kemudian balikkan dan panggang lagi sehingga masak. (jangan balik2kan banyak kali, cukup hanya sekali utk menghasilkan daging panggang yg lebih enak).
Angkat dan hidangkan dgn Sos Lada Hitam, Garlic Mashed Potato & Creamy Coleslaw.


SOS LADA HITAM
sumber : KasihSalina
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besa sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar susu fresh
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam/daging @ kiub ayam Knor
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis (guna mentega pun boleh)

Cara:
1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu.
2. Masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan tomato sos, cili sos, lada hitam, sos tiram @ kicap dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
5. Lastly, masukkan garam n gula secukup rasa

Selamat Mencuba! 
Jom! dapatkan Sos Ita di pasaraya Tesco, Giant dan Mydin. 
Pasti Terangkat!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...