3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
Garam dan sedikit gula
minyak utk menumis
Bahan Kisar
1 cawan cili kisar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
Air secukupnya -dlm 4 cwn
Cara-Cara
Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya.
Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.
Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
Basuh beras dan tos air.
Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
Kisarkan semua bahan di atas.
Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
Tips:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.
Menjadikan rambut and mata lebih sihat dan bersinar.
Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapukan dan melindungi daripada jangkitan kuman (Sila lihat: Madu Manuka).
Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. Lupakan saja pil-pil kecantikan, kerana tabiat pengambilan madu boleh mencapai kesan kecantikan secara semula jadi tanpa memudaratkan badan.
Sistem Penghadaman
Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air.
Sistem Pernafasan dan Kerongkong
Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.
Tenaga Badan
Menguatkan badan wanita mengandung. Tidak seperti sesetengah ubat-ubatan yang tidak boleh diambil ketika mengandung, madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung (Sila lihat: Khasiat Madu untuk Ibu Mengandung).
Sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Penggunaan madu berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah.
Mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau selepas cirit-birit yang berterusan.
Memberi tenaga sepanjang hari dan mengurangkan pengambilan lemak (Sila lihat: Khasiat Madu untuk Mengurangkan Berat Badan).
Gizi Makanan
Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam.
Memudahkan serapan kalsium dalam badan.
Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan
Khasiat madu jika dilihat di atas sememangnya seratus satu. Sebagai makanan, penawar ataupun suplemen kesihatan, madu boleh membawa manfaat kepada sesiapa jua.Selain itu, terdapat jenis-jenis madu yang mengandungi khasiat lebih tinggi berbanding madu yang lain – seperti madu tualang, madu ratu (royal jelly), madu propolis dan madu manuka.
Cubalah ITA BBQ SOS bersama madu (honey)
Anda pasti dapat menikmati masakan dengan kelebihan dan khasiat madu lebah asli
Baru saja kak Riona pergi Melaka, merasai ikan bakar portugis sedap rasanya, cuba cari info resepi nak buat sendiri di rumah. Jom kita try resepi ni...
Bahan-Bahan
2 ekor ikan siakap sederhana besar
3 helai daun limau purut
4 camca besar cili kisar
1 kuntum bunga kantan ~ hiris halus
3 sudu besar minyak bawang putih ( 5 ulas bawang putih, cincang halus, goreng dalam 1/2 cawan minyak, tapis dan boleh gunakan )
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar jus asam jawa
Daun pisang secukupnya ~ layur atas api supaya lembut ~ saya guna aluminium foil
BAHAN KISAR HALUS :-
6 biji bawang merah /1 labu bwng besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai ~ hiris halus
1 kuntum bunga kantan ~ hiris
3 biji buah keras
1/2 cm hirisan lengkuas
CARA PENYEDIAAN:-
Cuci ikan dan perap dengan limau kasturi dan sedikit garam. Ketepikan. Sementara itu kita buat sambal.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis hingga garing dan terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masakhingga pekat. Angkat dan sejukkan.
Ikan siakap dicuci kembali hingga bersih. Kemudian toskan. Ambil 2 helai daun pisang/aluminium foil. Sapu sedikit sambal atasnya, letak ikan sapu sambal atas ikan tadi dan tabur sedikit hirsan bunga kantan. Bungkus ikan tadi dan kemaskan.
Kemudian bakar dalam oven hingga masak. Boleh juga di bakar dalam pemanggang ajaib..Hidangkan dengan perahan jus limau kasturi.
-----
sebagai tambahan boleh la cuba cicah dengan Ita BBQ Sos. Sedap tau!
Orang kata kalau nak masak tom yam yang sedap guna paste ni, boleh la cuba dan masukkan segala macam bahan-bahan yang anda ada di peti ais. Buat tom yam ni senang, apa saja boleh masuk.
(kalau nak pedas tambah lagi buat dalam 8-10 cili padi)
1/2 ibu jari besar halia
2 hirisan lengkuas
1 batang serai dititik
Santan dua kotak kecil (1000ml)
(tapi dalam resipi ni pakai santan kelapa betul)
Garam secukup rasa
1 asam keping
Buah tomato (optional)
2 sudu minyak masak untuk menumis
Gulai Lemak Cili Padi Ketam
Cara-cara
1. Tumbukkan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia dan cili padi sehingga lumat dengan menggunakan lesung batu. Kalau tak berapa rajin tu, blendkan sahaja tapi jangan letak banyak air kerana bahan-bahan ini akan ditumis dengan sedikit minyak seperti gambar di bawah nanti. Tapi kalau pakai lesung batu, masakan lagi sedap. Cuma nak rajin sikit je.
2. Dah lumat semua bahan, panaskan periuk dengan dua sudu minyak. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tu bersama lengkuas dan serai. Tumis sampai naik bau. Minyak yang digunakan sikit sahaja tau.
3. Dah naik bau tu, masukkan udang tadi dan tumis seketika. Kemudian masukkan santan, asam keping dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan udang pon dah masak. Akhir sekali masukkan buah tomato.
Udang dah dibersihkan dalam 1 kg
Bahan-bahan yang ditumbuk untuk ditumis dengan sedikit minyak nanti
Bahan-bahan tumisan
Masukkan udang.
Goreng seketika sampai udang kelihatan pink blush sikit sebelum masuk santan dan bahan lain
Masukkan santan dan semua bahan. Akhir sekali masukkan tomato.
Senangkan buat Gulai Lemak Udang Cili Padi ni? Senang dan mudah bukan? Sesiapa sahaja boleh buat di rumah. Bak kata Chef Wan, Cik Jah dan Cik Senah pon boleh masak, main campak-campak je. Hahaha. Gulai lemak cili padi ni juga boleh digantikan dengan ikan dan juga ayam. Ikot selera masing-masing.