Saturday, October 18, 2014

Cara Masak Spagetti Bolognese





Cubalah Resepi ini 


1 paket spaghetti (San Remo)
1 tin Prego Tradisional
1 labu bawang India - potong dadu (yg wrna kuning tu..kalau tak da..bwg besar pun boleh)
1 tin kecil tomato puree (Kimball)
1 paket daging/ayam cincang (Ramly)
4-5 batang sosej (potong kecil2..jgn hancur..)
4-5 ulas bawang putih - potong dadu kecil2
2-3 batang saderi - ptong dadu kecil2
cendawan butang - hiris nipis2
1 biji tomato - potong dadu
2 sudu sos lada hitam ITA BBQ Black Pepper
lada hitam
garam/gula
ajinamoto (optional)
2-3 sudu tepung jagung
minyak masak & air
hiasan : hirisan carrot & brokoli rebus


Selamat mencuba
Penaja

Sunday, October 12, 2014

Cara Masak Rendang Ayam



Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan 
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam 
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. 

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api. - resepi dari Azie Kitchen

Apa salahnya makan rendang ayam bersama sos Ita BBQ sos, memang rasa sedap. Cubalah.

Cara Makan Steak



Inilah cara makan steak yang betul
Selamat mencuba


Thursday, October 9, 2014

Bagaimana masak sushi


Masakan sushi adalah makanan ruji oran jepun. Lazat, berkhasiat dan cantik. Ambil small portion dalam makanan dapat kawal berat badan kita dengan lebih mudah. 
Selamat mencuba!

Wednesday, October 8, 2014

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi



BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas, dan belah 4 setiap 1, rendam
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, dimayang halus
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
30 biji cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 sudu sos ita honey (note jangan lebih2 nanti warna tak jadi kuning)


CARA MEMBUATNYA :-)
Masukkan ayam ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Masukkan kentang (toskan), dan tuang santan cair. Masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor dan jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
Tuang pati santan, kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain. Sesuai juga dihidangkan bersama roti bai, roti canai atau lempeng pekak...Selamat mencuba!!..

Thursday, October 2, 2014

Resepi Pie Daging Lazat



Untuk Pastri

2 1/2 cawan tepung
1 cawan butter
1/4 sudu kecil garam
1 biji  telur
1/4 cawan air sejuk
1 sudu teh cuka

Campurkan tepung, baking powder, gula, garam.  Gaulkan dengan butter.
Masukkan air, merah telur dan cuka.  Gaul sebati.
Bungkus dengan plastik dan sejukkan selama 1/2 jam.
Kemudian, canai dan letakkan intinya.
Inti:
1/2 kilo daging- dicincang dan diperap dengan gula, garam dan sos lada hitam 
ITA BBQ Black Pepper


1 batang karot
350 gram cendawan butang
3 biji kentang
Sedikit daun bawang dan daun sup - dihiris halus
1 paket serbuk sup cendawan segera
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu teh mixed herbs
1 helai bayleaf
1 labu bawang besar - didadu
6 ulas bawang putih -didadu
6 biji telur - direbus dan di potong empat
Panaskan minyak zaitun.  Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
Masukkan daging bersama bayleaf dan mixed herbs.  Masak sehingga empuk.
Masukkan kentang sehingga empuk.
Masukkan pula karot dan cendawan yang dipotong kiub.
Seterusnya, masukkan sos lada hitam dan serbuk sup cendawan segera yang telah dibancuh (tujuan ni nak pekatkan kuah, kalau tak ada, gunakan tepung jagung).
Perisakan dengan garam dan gula.
Gaulkan dengan daun bawang dan daun sup.
Dalam pie dish, lapiskan dengan pie crust pastry.  Masukkan inti.  Susun telur di atas inti.  Tutup dengan pie crust pastry.  Bakar pada suhu 175 darjah Celcius, selama 30-45 minit.
Sumber Koleksi Resepi-Resepi Kegemaran Keluarga

Dapatkan update resepi-resepi terkini
Hadiah Cabutan Bertuah Mungkin Milik Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...