Monday, May 26, 2014

Resepi Daging Masak Kicap Berempah


1/2 kg - dibersihkan dan dipotong kiub
8 biji bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1 batang serai - dikisar
2 biji buah keras - dikisar
1 sudu besar serbuk lada hitam - dikisar
1 sudu besar cili kisar - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap Sos Ita Classic

2 sudu besar kerisik
rempah ratus - bunga lawang,bunga cengkih,kulit kayu manis,jintan putih
3 sb minyak masak
1/2 sb asam jawa
garam, gula dan air secukupnya.
Bahan Hiasan - cili merah dan bawang holland dimayang
Instructions

1. Perapkan daging bersama 1 sudu besar bahan yang dikisar, 1/2 sudu serbuk lada hitam dan 1 sudu besar kicap pekat sekurang2 nya 1 jam atau perap semalaman.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Tumiskan rempah ratus dengan api perlahan. Kemudian masukkan bahan kisar serta lada hitam dan kacau sampai pecah minyak.
4. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan 1 liter air, kacau rata dan biarkan seketika sehingga daging separuh empuk. Tambah air jika terlalu kering.
5. Apabila daging masak separuh empuk, masukkan pula 1 sudu besar kicap pekat , kicap masin, kerisik, asam jawa dan kacau lagi. Biarkan seketika sehingga daging betul betul empuk (boleh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat).
6. Akhir sekali masukkan gula,garam, bahan perasa serta bawang holland,cili merah yang telah dimayang dan gaulkan sebati.
7. Siap untuk dihidang bersama nasi putih.

Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita

Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita

Tuesday, May 13, 2014

Resepi Ayam Masak Lada Hitam Bermadu


Bahan-bahannya;
1 mangkuk daging segar yang dihiris nipis.
2 sudu sos tiram
2 sudu sos lada hitam ITA honey

10-15 biji lada hitam ditumbuk lumat
2 ulas bawang putih ditumbuk dengan lada hitam
1/2 sudu  minyak bijan
Sedikit kicap manis
Sedikit garam

Sayur-sayurnya;
2-3 inci halia muda di hirip nipis
1 labu bawang besar dimayang
1/2 biji lada benggala-potong panjang2

Cara-caranya;

Perapkan daging dengan sos tiram, bahan tumbuk, minyak bijan, kicap dan garam.
Biarkan sejam dua untuk lebih mesra.-nak masak terus pun boleh
Gunakan pan vantage (dalam kuali biasapun boleh)
Masukkan daging dalam pan. tutup dan buka untuk kacau sekali sekala. Masak hingga air daging kering.
Masukkan sedikit minyak. Kacau hingga mesra dengan sudip kayu atau plastik.
Masukkan semua bahan sayur. Kacau. Siap.
kalau lambat lagi nak dihidangkan, tutup api, tutup pan dan hidangkan bila tiba masa untuk makan.

Cabutan Bertuah Klik Like FB Sos Ita, Anda Berpeluang mendapat satu beg sos ita yang  lazat
Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita

Saturday, May 10, 2014

Resepi Ayam Panggang Kenny Roger dan Bersama BBQ Black Pepper


1 ekor ayam - dipotong 8
1 labu bawang putih
3 inci halia
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
2 sudu serbuk kasar lada hitam
garam secukupnya
1 sudu besar minyak zaitun

Cara Membuatnya :
1. tumbuk halia & bawang putih.
2. lumurkan atas ayam
3. masukkan gula perang, madu, sos tiram,  lada hitam , garam & minyak zaitun.
4. gaul kesemua bahan bersama2 ayam.
5. perap selama beberapa jam.Lagi lama perap, lagi sedap.kalau tak sempat perap pun takpe.
6. Panggang ayam dalam pemanggang ajaib sampai masak.

RESEPI SOS LADA HITAM

4 ulas bawang putih
3 sudu besar butter
4 sudu tepung gandum
air secukupnya
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam ITA

1 sudu besar kicap manis (untuk menggelapkan sos)
2 sudu besar serbuk kasar lada hitam
cendawan shitake secukupnya - dihiris nipis
garam secukupnya

Cara membuatnya:
1. cairkan butter
2. tumis bawang putih
3. masukkan tepung gandum & gaul rata
4. masukkan air & kiub ayam.kacau sebati.kalau adunan pekat, tambah air lagi.
5. masukkan cendawan.
6. masukkan sos tiram, sos lada hitam, serbuk lada hitam & kicap manis.kacau sampai sebati dengan api
    sederhana.
7. biarkan mendidih dan cendawan masak.

8. masukkan garam secukupnya.Siap untuk dihidangkan.

Resepi Sotong Masak Lada Hitam


Sotong Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
3 ekor sotong-sederhana besar (dibuang kulit luar, dibersihkan & dipotong bulat)
2 ulas bawang merah kecil-dihiris
2 ulas bawang putih-diketuk
1cm halia-diketuk
2 sudu besar sos tiram 
1 sudu bear sos lada hitam SOS ITA
3 biji cili padi
2 sudu kicap manis
sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
minyak untuk menumis 


Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram, kicap dan masukkan sotong. Kacau rata.
3. Bila sotong dah bertukar warna/masak, masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
4. Siap dan boleh diangkat untuk dihidang.


Sunday, May 4, 2014

Kelebihan Lada Hitam dalam Kesihatan






1.      1) Mencegah Kanser
Dengan hanya sedikit biji lada hitam, putih atau hijau yang masuk ke tubuh, ia mampu membantu menangkis diri kita daripada diserang barah payu dara. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Michigan mendapati, terdapat sebatian kimia yang ada pada rempah ini yang dikenali sebagai piperine bertindak menghalang barah payu dara daripada membiak. Potensinya dalam mencegah barah adalah lebih tinggi sekiranya ia digabungkan dengan kunyit. Hidangan masyarakat India seperti kari banyak mengandungi bahan tersebut.
2.      2) Agen Cucian
Adakah warna baju kegemaran anda sudah mulai pudar? Jangan risau.. Menurut pengarang The Naturally Clean Home, Karyn Segel-Maier, lada hitam, putih atau hijau merupakan agen terbaik untuk kekalkan warna agar ia bertahan lebih lama. Tidak perlu menggunakannya dalam kuantiti yang banyak, hanya membuat percikan sebanyak satu camca teh lada bersama pencuci pakaian kedalam mesin basuh, ia akan membantu dalam mengelakkan warna luntur dan pudar.

3.    3) Penyental Kulit
Dapatkan kulit yang lebih halus dan lembut dengan agen penyental kulit yang diperbuat daripada bahan yang anda tidak pernah fikirkan  - lada hitam, putih atau hijau. Menurut pengurus Bliss Spa, Wendy Allred, selain ia bertindak dengan membuang sel-sel kulit mati, ia turut merangsang peredaran oksigen di samping membekalkan nutrient pada permukaan kulit anda.

4.      4) Bernafas Dengan Selesa
Sukar bernafas? Hidung tersumbat? Rempah-rempah ini ada penyelesaiannya. Ia mengandungi bahan kimia semula jadi – dekongestan yang akan bertindak balas dengan mukus(hingus) anda sehingga menghasilkan bahan pencair. Berdasarkan penjelasan daripada pengarang Guide The Good Doctor to Colds and Flu, yang juga professor di sekolah Perubatan Mt. Sinai, New York, Neil Schachter, bahan pencair tersebut akan terhasil pada hidung anda. Dengan menambah secubit serbuk lada hitam, putih atau pun hijau ke dalam semangkuk sup ketika demam akan membantu anda bernafas dengan lebih mudah.

Resepi Udang Masak Lada Hitam



500 gm udang bersaiz besar
2 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu teh garam
1 sudu teh jus lemon
minyak untuk memasak
BAHAN UNTUK SOS BLACKPEPPER :
1 sudu besar minyak sayuran
2 ulas bawang putih - dimayang
2 biji bawang besar - dimayang
2 sudu besar sos ITA

1 sudu besar kicap pekat
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar sos lada hitam
200 ml air masak
bahan perasa secukupnya

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih serta bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram,kicap pekat,serbuk lada hitam,sos lada hitam serta sedikit air serta bahan perasa.
3. Apabila telah medidih,tuangkan ke atas udang yang telah digoreng tadi.
4. Siap untuk dihidang.

Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita


Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...